Tahukah anda apa itu INTERMITTENT FASTING?
Hi readers semua,
Salam perkenalan 😄 terlebih dulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Juliet atau lebih mesra dengan panggilan Jue😀
Saya mahu kongsikan sedikit info mengenai Intermittent Fasting atau nama pendeknya IF yang kini merupakan salah satu trend kesihatan dan kecergasan yang paling popular when it comes to nak kuruskan badan 😄 atau nak turunkan berat badan. Tak semestinya badan kurus berat badan pun kurang..tidak!! 😄 makanya itu wujudnya satu terma yang disebut BMI atau nama penuhnya Body Mass Index. BMI ialah ialah ukuran lemak badan berdasarkan ketinggian dan berat yang digunakan untuk lelaki dan wanita dewasa.
Jadi makanya, untuk seseorang mencapai BMI yang ideal mesti ada yang cadangkan atau tefikir INTERMITTENT FASTING (IF) 😊 Betul ke betul? 😄 betul lah tu. Dari pengalaman saya sendiri yang tanpa sedar sedang mengamalkan IF, memang banyak kebaikan yang saya dapat. Antara salah satu kebaikan itu ialah berat badan yang ideal dan sesuai dengan ketinggian (161cm, 57kg).
Apa itu IF?
Intermittent Fasting adalah cara pemakanan di mana orang akan limit kan pengambilan makanan mereka pada waktu tertentu dalam sehari. Sesetengah penyelidikan mengatakan bahawa ia mempunyai manfaat selain penurunan berat badan, seperti kesihatan otak dan jantung yang lebih baik. Ya betul! Sebab itu lah benefit yang saya experience melalui pengamalan IF tanpa sengaja 😆 Ada beberapa kaedah amalan Intermittent Fasting mengikut keadaan dan keperluan seseorang.
Kaedah 1
Kaedah IF ini adalah amalan berpuasa selama 16 jam dimana tiada pengambilan makanan selama 8 jam selepas makan malam. Cara ini selalunya diamalkan untuk penurunan berat badan.
Kaedah 2
Kaedah IF ini dikatakan mampu menurunkan berat badan dan lemak yang sama seperti mereka yang mengikuti kaedah diet tradisional, menurut kajian 2021 yang diterbitkan oleh PLOS ONE.
Kaedah 3
Kaedah 4
Kaedah IF ini diamalkan sebagai contoh makan malam pada pukul 6pm kemudian berpuasa sehingga 6pm keesokan harinya dan dilakukan satu atau dua kali seminggu tetapi bukan berturut-turut.
Kaedah 5
Kaedah IF inilah yang saya amalkan tanpa sengaja 😆 Ianya sama dengan kaedah 16:8 tetapi melibatkan puasa selama 14 jam dan ianya lebih mudah untuk diamalkan berbanding 16:8 kerana ia mempunyai timeframe makan yang lebih panjang.
Kaedah 6
Kaedah IF ini berbeza daripada yang lain, di mana majoriti makan berlaku pada waktu malam. Kaedah ini dicipta oleh pengarang kecergasan Ori Hofmekler. Ia melibatkan makan hanya sebahagian kecil buah-buahan dan sayur-sayuran mentah pada siang hari. Kemudian makan satu hidangan besar pada waktu malam dalam tempoh 4 jam.
APAKAH KEBAIKAN INTERMITTENT FASTING (IF)?
Melalui video yang saya kongsikan ini, anda boleh mengetahui banyak kebaikan Intermittent Fasting selain untuk penurunan berat badan dan untuk slim down.
KAEDAH INTERMITTENT FASTING MANAKAH YANG DISARANKAN?
Semestinya yang senang untuk diikuti itulah menjadi pilihan. Jika salah satu daripada kaedah Intermittent Fasting diatas sesuai dengan lifestyle anda, maka anda mungkin akan melihat kejayaan dengan kaedah pilihan. Jika tidak, makanya anda mungkin tidak akan melihat hasil yang anda jangkakan kerana ketiadaannya consistent dalam pemilihan kaedah IF yang diikuti.
Kesimpulannya, semua jadual Intermittent Fasting ini boleh membantu dalam penurunan berat badan jika anda boleh mengikutinya secara consistent dan penuh disiplin. Antara semua kaedah IF diatas, bagi saya kaedah 14:10 mungkin atau boleh dikatakan antara kaedah paling mudah untuk mengikuti diet IF.
Itu saja perkongsian dari saya mengenai Intermittent Fasting. Apa-apa pun selamat berIF kepada yang baru atau mahu berjinak-jinak dengan IF. Jumpa lagi di perkongsian akan datang ya. Thank you kerana sudi membaca.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan
Comments
Post a Comment